Thursday, October 8, 2009

Salam Perjuangan


Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.


Segala puji bagi Allah Tuhan seluruh alam.


Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.


Pemilik Hari Pembalasan.


Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan


Tunjukilah kami jalan yang lurus,


(yaitu) jalan orang-orang yang Engkau telah beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.


Amin.


*****************************************************************************

Assalamualaikum w.b.h.


Terlebih dahulu ana ingin menyatakan bahawa blog ini adalah hasil kerjatangan individu (ana) dan segala pendapat yang dilontarkan disini adalah pendapat individu, dan yang paling penting TIDAK SEMESTINYA mewakili pendirian Jamaah yang ana sertai iaitu Jamaah Islah Malaysia (JIM).


Sebenarnya idea untuk menulis blog ini terbit setelah beberapa orang ahli JIM di tempat ana telah mengambil keputusan untuk meninggalkan JIM lalu menyertai ISMA. Lalu timbul keinginan ana untuk menyelidiki apa sebenarnya ISMA ini dan apa yang istimewa sangat ia berbanding JIM dan lain2 NGO Islam.


Setelah meneliti ana dapati terdapat terlalu banyak kekeliruan tentang perjuangan isma itu sendiri, antara yang pokok ialah;


1. Adakah isma sebuah Jamaah Islam atau semata-mata NGO sahaja?


2. Apakah dasar perjuangan isma sebenarnya? Islam atau Melayu?


3. Apakah sikap sebenar isma terhadap politik?


4. Bagaimanakah caranya isma hendak menegakkan islam di Malaysia? Seorang diri atau bekerjasama dengan NGO/pertubuhan2 Islam yg lain?


5. Bagaimanakah sikap dan pendirian isma terhadap isu-isu penting yang membelenggu ummah seperti ISA, PPSMI, ketelusan pilihanraya, rasuah dan lain2 lagi.


6. Adakah isma diwujudkan kerana ketidakmampuan (atau ketidakmauan) ahli2nya yang rata-rata bekas pelajar dari Mesir untuk bercampur gaul dan bekerjasama dengan umat Islam lain dari berbagai latarbelakang dalam pertubuhan2 seperti PAS, JIM dan lain2?


7. Kemanakah isma nak bawa pengikut2nya? Masyarakat Islam di malaysia rata2nya sekarang dalam gear 3 atau 4 selepas PRU 12, tetapi isma seolah2 masih berada di gear 1 (marhalah tarbiah?).


8. Akhir sekali, kalau ikut buku yg dikarang oleh salah seorang pemimpinnya, isma menapis dengan ketat sebarang permohonan menjadi ahli (kalau tak silap perlu 6 bulan dalam perhatian) tetapi kenapa ahli-ahli jamaah lain pun ditarik masuk ke isma? Kenapa permohonan mereka tidak boleh ditolak atas alasan "kamu sudah berada didalam badan dakwah, kekallah disitu, perbaiki dimana yang patut dan mari kita bekerjasama atas dasar jamaah ke jamaah"? Bukanlah kami kemaruk sangat dengan ahli kami 3-4 orang yang nak berpindah tu tapi sebagai sebuah NGO ini menunjukkan satu sikap yang tak "gentlemen" dan seolah2 isma ni kemaruk sangat nak cari ahli hingga sanggup "curi" ahli jamaah lain. Lagi satu bila masuk isma tu maintain mcm biasa tak pa la, tapi masalahnya terus jadi "cold storage" program apa pun tak mau hadir kecuali program isma sahaja, wah. hebat betul isma mentarbiah ahli2 mereka.


Setakat ini dulu. InsyaAllah di posting akan datang kita bincang satu persatu dan lebih terperinci


"Dimana silapnya perjuangan isma".


Wassalam.



2 comments:

  1. Salam akh Zaidi,

    Ana adalah seorang ahli JIM Daerah Cheras, ingin menyatakan rasa sedih dan terkilan dengan kelahiran blog ini dan ana tahu ramai ahli JIM yg sependapat dengan ana.

    Sahabat dalam ISMA adalah saudara seakidah dan setujuan, mungkin marhalah berbeza tapi tak memungkinkan kita mengorbankan masa dan tenaga mencari salah dan silap masing2.

    Berkerjasamalah dalam perkara yg disepakati dan berlapang dadalah dalam perkara yg tidak dipersetujui.

    Jadi, ana pohon anta pendekkan usia blog ini.

    Untuk sahabat ISMA, ana pohon kelapangan dada jika terguris dengan apa yg diperkatakan oleh Akh Zaidi.

    Fi amanilLah.

    JazakumulLahu khairan jaza'

    Fauzi MS

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum akhi zaidi..

    ana selaku ahli JIM daerah BATU seumur hidup.
    memohon jasa baik anta utk menutup blog ini, ana amat tidak bersetuju dgn pandangan & cara anta ini.

    mohon anta DELETE dgn segera.

    kepada sahabat2 dalam ISMA, mohon berlapang dada dgn akhi zaidi ini, kita doakan Allah lembutkan hati nya.


    Mohd Hafiz ( Bai )
    Ahli JIM daerah Batu.
    Aidi kpd seorang ahli ISMA

    ReplyDelete